Saturday, November 7, 2009

Budi Bahasa LRT.

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang
sangat sesak. Gadis itu berdiri betul-betul
didepan seorang pemuda. Seketika kemudian
pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak
pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya
sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih
suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan
penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana
ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali
lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula
dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari
oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah-susah,
saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri
lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !!
Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas
perhentian saya tau tak!!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

3 comments:

SERACURLYLA said...

- ini kali la xteturun si cik abg gara2 cik akak tu perasan di kasi duduk..
huahuahua...

DaLink Freestyle said...

tekanan ba trs c cik abg klu e2..huahuahua

ajaa said...

kesian klu ini c lelaki..

c kakak pun main yakin ja menyuruh duduk..

potong stim betull..