Wednesday, March 24, 2010

*Pergilah....

Ku anyamkan puisi indah untuk merawat hati yang gundah, berlalu sudah episod cinta yang indah tak perlu dikesali aku harus pasrah di jambatan sepi ini. Aku meniti sendiri mengenang hari2 yang silih berganti mengenang ceritera cinta yang pantas berlari. Aku harapkan cahaya mentari menyinari hari2 suram menerangi awan hitam dan menyuluh kegelapan malam. Ya Allah ya Tuhanku hanya kau yang mampu memahami segala keperitan yang aku alami. Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni. Jika benar ini takdirMu berikanlah aku kekuatan diri damaikanlah hati nurani tabahkanlah jiwa ini agar aku dapat menjalani jambatan api ini. Jika ini jugak kehendakMu biarkanlah cinta itu pergi, biarkan cerita itu mati tumbuhkanlah yang telah mati gantikanlah cinta yang telah pergi......



Tuesday, March 23, 2010

*Kapal Terbang...

Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir 
mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu 
dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya 
kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup 
menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. 
Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di 
lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, 
Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus 
ambil tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun 
memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat 
masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali 
pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi 
Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas 
bisnes hari itu.

Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, 
pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk 
kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di 
belakang?"

"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari 
tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah 
selesa kat sini"

Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal 
pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang 
silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. 
Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang 
kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua 
Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.

Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu 
pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh 
tengok tiket?"

Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.

"Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"

"Ya nak" Jawab Pak Pandir.

"Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, 
kerusi belakang tu baru pegi KL!"

Pak Pandir pun terkasima...terkejut!

"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."




Thursday, March 11, 2010

*Cleaner...

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital 
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap 
pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal 
pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, 
jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor.Lalu 
para doktor memutuskan untuk memantau katil 
tersebut.Apabila tiba hari Jumaat yang 
berikutnya.beberapa doktor bersiap sedia untuk 
mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil 
tersebut.

Seorang pesakit lelaki yang dilengkapi alat bantuan 
pernafasan sedang tidur di katil misteri tersebut. 
Masa berputar. Pukul 08:00am.08:30am sehingga jam 9.00 
am.tiba-tiba.Pintu bilik ICU itu terbuka.Kemudian 
masuklah Makcik Bedah. Seorang pekerja sambilan 
sebagai pencuci,yang hanya bertugas setiap hari 
jumaat mendekati katil keramat tersebut dan terus 
mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan 
pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug 
vacum cleaner'nya.Doktor-doktor yang memantau terus 
pengsan apabila melihat kejadian tersebut...