Monday, December 10, 2012

..:: Lesung Pipit ::..

“LESUNG PIPIT adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ di bahagian tersebut. Namun ternyata ia satu ‘kecacatan yang indah’ (fakta)



 Sapa ada?? Heeee comel jew  ♥ 




 
  

Thursday, December 6, 2012

..:: Senyum ^___^ ::..

 Tersnyumlah duhai hati
 meski jiwa sering diuji
 tersenyumlah jangan behenti
 meski hati tersakiti

 Tersenyumlah acapkali
 mengundang bahagia hati
 tersenyumlah semanisnya
 buat yang sudi menerima

 Tersenyumlah selalu
 semoga Allah berkati..
 kerana senyum adalah sedekah
 yang tak perlu d bayar ganti rugi...









Saturday, December 1, 2012

..:: Mr J0ker ::..

..Today my story is.. Mr Joker ♥
..Hari ini 1 December 2012 (Sabtu) aku masuk kelas ceramah untuk ambik driving lesen utk yg kedua kalinya..ahahha.. Bukan gagal tp  sah laku utk lesen 'L' aku telah tamat tempoh..huehuehue.. So after kelas tue aku keluar  bersama 'Teman Pendampingku' utk mencari makan =p~ kami ke City Mall then makan d SR sang Teman blanja makan (tue pn d paksa blanja..ahahah)

..After makan kami ronda2 dalam ct mall tue sang teman mo mencari cd game pc katanya tp kesian tiada dalam pasaran..huehueh.. kesian delo =)) Boring meraun barang yg d cari pun teda so kami pun bergerak mo balek la.. Then tiba2 sang Teman ni ternampak 1 Topeng pebret beliau yg beliau idam2kan dari dolo2 lg.   Tanpa berpikir panjang beliau pun beli la topeng tersebut sebab tinggal satu dan yg paling sweetnya lg aku yg bayar okeyy.. huhhh nasib rm20 sak =)) Beliau punya gembira tersenyum lebar ibarat rupa topeng tersebut =)) haahhh! sila la anda menikmati rupa paras beliau ini yew..ahahhaha.. Cekidauttt!!


                                         Nice =p~

                                         Sweet2 u mucuk =))


#What say u guys?? =)) 








Thursday, November 29, 2012

..:: Cerita ku ::..

..Heemmmm lama aku tak updet blog ku ni d katakan bz tdak jgk mgkn malas salah satu faktornya...huehueh..

..Pestaim aku updet blog ni via mobile..ahakkk.. semakin maju aku huehue. Ingatkn tak bole updet via mobile tp ari ni tergerak plak ati mo cuba try test kebetulan waktu ni black out d opis..ehehe.. Luv u ohh my S3 ♥ 

..Panas amat d opis ni lepi pn kong suda nasib hp da cas awal2 tp tak full nasib ada power bank penyelamat keadaan =))

..Pejam celik pejam celik tahun 2012 akan melabuhkan tirainya tak lama lg dan akan meningkat lg ke satu tapak... areiiii.. xpa janji kiutt =p~ =)) azam tahun depan aku mo kumpul harta ramai2 bak kata kazen aku yg macho like 'sapi'..ahahhahaha.. 

..Ok next nnt updet lg...ehehe.. muuuuaahhhhh ♥



Thursday, November 8, 2012

..:: Cik Tina ::..

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !


#Kotoh la c tina =)) huehuehue







Thursday, August 30, 2012

..:: RaYa 2012 ::..


 ~Disisir diandam dgn cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut hari raya..

~Maafkan saja segala sengketa lama
Yang membeku d jiwa
D bulan yg mulia hari yg bahagia
Moga ukhwah kan terjalin selamanya..

~Sungai disusur sehari hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan ^^


~Selamat hari raya saya ucapkan buat bunda tersayang, adik bradik, pacik macik, kazen mazen, anak buah, Sahabat rapatku yg duts serta rakan2 yg jauh dan dkt especialy MEnU Crew.. luv u 0ls s0 dem much dlm2 ketat2 sampit2 pulblas :*

*Salam Aidilfitri utk semua maaf zahir dan batin*















Wednesday, June 27, 2012


..Malam ni aku rasa b0ring plak mata pn x dpt lelap.. 
ermm layan lagu butterfly la sampai lebam :v
















Wednesday, June 6, 2012

..:: 3 Mayat ::..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…









Sunday, June 3, 2012

..:: b0san!! b0ring!!! ::..

.. Hari ni aku da plan mo tgk wyg crita Pirana @ Gerimis Mengundang.. Time aku bersemangat m0 menghepikan diri ada mud m0 mewayangkan diri.. Tp tp tp sang sahabat plak beralasan nemau tgk wyg :-< ermmm hampehh! trs la ku moody dr brsemangat trs nada semangat..

.. Tgk la bes0k2 aku ada jentera sndiri biar la aku p0reber al0ne layan blues dlm panggung sampai lebam :v ndak pa la sabar sak la wahai ati nnt d blang lg emosi ndak tentu psl tiba2 :(.. Tunggu sak la c0ming soon......... Arrggggggghhh!!!! tau ka aku boring amat2 ni seharian d rumah mkn tdor sak kerja :(  benci aku!!!






Monday, May 14, 2012

..:: Sensitif ::...

·٠•●❤ Heemmmm.. ari ni suda masuk 3 ari aku selsema, batuk.. Badan rasa lemah mud ber0mbak2 sak rasa.. Paling  sensitif rasa mud d kala ini :(.. pleaseee i d0n like dis part h0oo.. Bkn niat utk silent dlm be2rapa ari ni cuma mau mengelakkn diri dr prasaan sensitip yg lebih mengundang mana2 prasaan yg tersinggung maupun menyinggung (phm2 la ayat lalok ku ni =)) 


..Buat sahabat ku.. Biane.. s0ri la klu aku buatkn ko terasa sakit ati dgn cara gurauan ku.. ( tp tp tp ya jgk aku pn manas sendiri :v) Seriusly aku pn sbnrnya terasa ati dan aku rasa kali ni la aku btl2 terasa amat2 kecik ati..ermmh.. s0 x paya mau rasa bersalah aku tau smua tue pn aku yg mulakan dan utk mengelak kn perkara berulang lg s0 i choice 2 b silent at dis m0ment.. Memang terasa sunyi tp mgkn tue seja la caranya.. Arap2 la sang ati ni akan damai seperti sediakala dgn pantas..hikhik ^^..


..Baikla sang mata pn suda redup minta utk d rehatkan.. Dan sang batuk pn masi bertungkus lumus men0lak2 sang anak tekak :( huaaahgghhhhhhhh bila la mo baik hini..huhuh ❤●•٠·



p/s : Seperti biasa sang perut berkeroncong dgn irama twice.. kr0k.. kr0k.. kr0k.. :(








Thursday, May 3, 2012

..:: BeLajar ::..

·٠•●❤  aku belajar dari kesilapan masa lalu ku...
silap ku kerana terlalu mencintai dirinya...

lalu..

aku belajar untuk tidak terlalu mengharap..
aku belajar untuk tidak terlalu memberi..
aku berlajar untuk tidak terlalu menerima..
aku berlajar untuk tidak terlalu mempercayai..

dan kini..

aku terus belajar
aku belajar untuk terima kekuranganya..
aku belajar untuk terima dia seadanya..
aku belajar untuk memahami dirinya..
aku belajar untuk setia padanya..

tapi...

satu perkara yg harus aku belajar...
wajib untuk aku mempercayainya..

"Jodoh Itu Rahsia Allah"

lalu aku mengingatkan diri dan c dia bahawa..

"Jika Allah tidak menulis jodoh Dia dgn aku buat la mcm mana pn

jodoh dia tetap bkn dgn aku" ❤●•٠·





Tuesday, April 24, 2012

..:: Perpisahan ::..


·٠•●❤ Rasa yg hadir tika setiap KENANGAN datang menjelma membuatkan kita selalu JATUH tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu BUKAN lg milik kita.. 

Dan hari2 yg berlalu.. Melangkah kita dalam KEGELAPAN menuju satu arah yg suram pada kita.. 

Sedang MERONTA mencari mana perginya satu SINAR CAHAYA yg dulu pernah kita punyai tp kini kita sunyi dalam dakap SEPI yg panjang.. 

Mengapa PERPISAHAN itu amat PERIT dan MENYAKITKAN?? ❤●•٠·










Monday, April 16, 2012

..:: Sayu ::..


·٠•●❤ Gedebukkk.. Tiba2 perasaan hati kecik ku tercuit.. Terpilu.. :(

Aku x pernah rasa mau berkira apa lg klu melibatkan diri aku sendiri...

Fuuhhh.. Agggghhhhhrrrrr!!!!!!!!!!

Usus ku mula terasa perit.. :( Sungguh.. Perit yg amat..

Namun.. Aku harus laluinya dgn tenang..

Me sangat tabah 0k.. (maka kabak2 suda yg perut, mata..huhhh!!)  ❤●•٠·



p/s : Luahan d kala kelaparan =)) s0ri la sahabatku klu aku menyusahkan......





..:: Milik Siapa Hati Ini ::..

·٠•●❤ Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti..
Kerana, sekali kau memberi selamanya dia d HATI..
Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..
Pesan lagi pada diri.
Hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.. ❤●•٠·













Tuesday, April 10, 2012

..:: Terima Kaseh ::..

·٠•●❤ Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana,
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤●•٠·













..:: Untuk Yg Bergelar Sahabat Sejati ::..


..Persahabatan yg sejati akan membawa kerinduan yg abadi..
..Sesungguhnya persahabatan itu unggul daripada percintaan..
..Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir..
..Tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal..
..0leh itu hargailah persahabatan yg terjalin.. ^^







Sunday, April 8, 2012

..:: Senyumla ^_^ ::..


Tak semua AIRMATA bererti DUKA ~ kadang2 tangisan adalah KEBAHAGIAAN yg tak mampu di ungkapkan LISAN..

Tak semua KETAWA bererti SUKA ~ kadang2 ketawa menjadi PENUTUP hati yg TERLUKA..









..:: Segalanya Milik DIA ::..


..Untuk cinta yg tdak pernah kita miliki 
Ingat la bahawa setiap sesuatu yg sangat
Kita syg itu, segalanya adala milik Dia..








Thursday, April 5, 2012

..:: Cara Untuk Mengubati Hati Yang Sedih ::..

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar sentiasa Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti "Keras"

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Tuesday, March 27, 2012

..:: ReLung Hatiku ::..


-Hari ini Tiba2 hatiku tersentuh tatkala terlihat sesuatu yg amat2 mengganggu emosi ku seketika.. Sejenak ku bpikir dan sang hati bkata2 "dolo masa dgnku ia tdak melakukanya malah berpura2 menjadi org lain" dan alasan kerana perlu menjaga hati ramai pihak dan aku jgk terima.. Tp tp tp kini kenapa berubah adakah hati pihak yg perlu d jaga itu kini tdak perlu d jaga lg?? dan hati ku plak mcmana?.. 

-Tp ndak pa la asalkan dia bahagia aku tumpang gembira.. Tp sebenarnya aku amat2 rindukanya :(.. Argghhhhhh!!!!! s0 dem knp aku ingat balik benda ni! mula la jiwa gelora ni.. Hate this feeling! nyah kau jauh2 dr aku.... Enaf la dalink enaf bak kata2 majal sahabat ku "barang yg lepas jgn d kenang" =)).. Ermmh sabar la wahai hati.. 




p/s : Jiwa perasaan ku menjadi emo tatkala perut ku berlagu kr0k..kr0k.. aarhhgggg!! aku lapar ni lapar :(.. Sabar menunggu teman mesra ku Cheng 4 tek me 2 late diner =p~.. Tink lapar aku ndak tebendung suda ni sebenar2nya dan gastrik pn suda mariiii :( 










..:: Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk ::..



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Wallahulam…


p/s : Sayangi, kasihi dan hargailah orang yg anda cintai.......






Thursday, March 15, 2012

..:: Miss Him ::..

Huuhhh.. hari ini aku mimpi seseorang yg aku amat syg dan aku amat2 merinduinya..:(.. Rutin aku hari2 balik keja mesti td0r. Hari ni sak 2x aku tertidur dan tah kenapa tiba2 aku termimpikan DIA dlm td0r aku yg kedua kali.. Awal jgk aku mimpi ini..ahaha.. Dan bgn2 sak mata dan pp aku basah..Huhh aku mimpi menangis rupanya :(.. Tp kata org mimpi adalah mainan tdur..(tue la tdur lg maghrib2 =)).. 0 ya actualy aku mimpi seseorang yg aku amat2 syg.. Im miss him so much u noe..(ochh! im crying again dis time :(..).. N he is my Late Father.. Biar pn aku hanya bermimpi tp aku bersyukur sebab aku dpt melihat Dia setelah 5 tahun dia telah tinggalkan aku dan family.. Semoga roh mu tenang dan d tempatkan d kalangan org2 yg beriman.. AL-FATIHAH buat Arwah Ayahanda ku yg tercinta Mohd Noor bin Paweli....


p/s : Haisss emo ni emo :(.. dan aku lapar..huhuhuh








..:: Tentang Rasa ::..

Aku tersesat Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
untuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya...



p/s : Ini lirik lagu daaa =)) tp si0k ni lagu 0ST drama Vanilla C0klat =p~







Tuesday, March 13, 2012

..:: Kasih Sayang Mengikut Bulan Kelahiran ::..

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya
dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
———— ——— ——— ——— ——— ——————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang
tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
———— ——— ——— ——— ——— —-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— ——— -

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai
memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— –

Julai
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
———— ——— ——— ——— ——— -

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
———— ——— ——— ——— ——— –

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
———— ——— ——— ——— ——— ——

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— -

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———— ——— ——— ——— ——— —

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan. Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka ^__^...
*Me 0n September :"> *










Wednesday, March 7, 2012

..:: Rela ka aku ::..

..Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku..
..Aku belajar memaafkan semua yg menyakiti aku..
..Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
..Tetapi satu yg tdak b0leh aku pelajari adalah aku harus b0leh tersenyum d saat org yg aku sayangi menyayangi org lain.. ^__^








Tuesday, March 6, 2012

..:: LS 4 2nd Annyversary MEnU Crew ::..

..N3 lepas aku ada wish b0ut anibeseri MEnU Crew (annyversary daaa =)).. So ari ni aku m0 st0ri plak kejadian 4 Mac 2012..hikhik.. 0k d jd kn st0ri 4 Mac 2012 baru2 ni kami buat makan2 sempena Ulang Tahun Kejadian MEnU Crew pada 1 Mac 2012 yg lalu.. Memandangkan tarikh tersebut pada hari Rabu iaitu hari bekerja maka kami sebulat hati utk membuat makan2 pada 4 Mac iaitu hari Ahad :).. 1st Cik R0sse membuat cadangan pada hari Sabtu tp ramai yg membangkang kerana ada yg tidak dpt turut serta pd hari tersebut maka tarikh tersebut pn d tunda ke hari ahad agar semua dpt bersama2 utk meraihkan Ulang Tahun Friendship tersebut =p~

.. 0k d teruskan st0ri.. Sekitar jam 9 pg encik Cheng yg sakai lg lasak telah mengSms aku untuk ready ke Tamu Gaya Street untuk jalan2 sambil snap2 pica lg pn lama suda nun tdak ke tamu.. Jam sekitar 10am kami pun bergerak ke destinasi Gaya Street.. 0 ya kami tue adalah aku, ceng, yukuk, pp n aan (paling lasak la mengayau dgn perut kelaparan =)).. Penat meraun2 kami pun masuk rest0ran F0ng Ip ka apa tah nama rest0ran tue (lupa bai lupa =)) masing2 meng0rder makanan.. Then lepas sak bermakan kami pun bergerak plak ke Pasar untuk mencari bahan2 mentah untuk resepi santapan kami nanti..

..Ya d teruskan lg st0ri =)) lepas dr pasar kami pn gerak ke tempat yg kami telah deal untuk berkompol2 iaitu d CKS Beverly.. D sana encik Erick dan Encik Gundave (bkn DJ Dave ar..huehue) telah menanti kami dgn kelasakan.. Dan kami pun memulakan pencarian bahan2 dalam cbuk2 mencari bahan encik Jack pulak timbul. Selesai bersh0ping apa yg patut kami pun beredar ke l0kasi sebenar iaitu ke rumah yg tuan punya rumah untuk kami jd kn kali ini l0kasi LS Lepak Santai yg terletak d Country Heigh..ekekke.. Tuan rumahnya adalah cik Anis yg manis..ehehe (gf c jack ni).. Kami d sambut girang 0leh tuan rumah dan masuk2 sak rmh kami pun trs ke dapur untuk meletak barang2 yg telah d beli dan langs0ng memulakan 0perasi potong memotong =p~.. Tdak lama lepas tue tuan founder pun sampai bersama sang puterinya iaitu encik Hapiji aka Elol dan cik Atiey dan cik Detz 0det jgk sampai dan jgk encik Halu Sat0naka..

..Baiklah d teruskan lg penSt0rian =)) Resepi menu hari tue adalah t0myam cpud chefnya cik Rosse (pandai jgk beliau ni mashak =p~), Kerang tumis chefnya Cik PP (pun pandai ini parampuan =p~), Ikan Basung g0reng chefnya encik Cheng (dia g0reng pastu dia jgk mkn =)) m0lek ben0 la), Sayur pakis chefnya Dalink (aku ni aku =)).. Kami memasak dr jam 2 sampai jam 5 lbh kurang la =)) agak lama jgk la bai..huehueh.. Selesai masak apa lg serbu laaaa makan time =p~..

..0k lg st0ri.. Selesai acara makan2 semua pun santai freestyle lepak depan tv sambil take pica (mcm2 aksi p0sing) Aku, R0sse dan Cheng memulakan acara serang hendap (kotoh semua..huehue) seperti biasa pengantakan untuk mereka2 yg menyambut ulang tahun akan d sambut dgn kerlipan2 manik2..huehueh.. Mangsa kejadian adalah encik Elol, Det dan Anis.. Abes riuh rendah semua masing2 m0 melarikan diri dari kena serang glitter =)) (dem aku pn kena..huehue).. Sangat meriah la ^_^.. Dalam jam 7 kami pun bersurai ada yg ke 1Borneo, Suria Sabah dan ada yg terus balik ke rmh jgk.. 

..Baa abes suda abes.. Sblm aku mengEndkan n3 ku ini aku titipkan beberapa helai gambar untuk tatapan kita semua ^__^ (so sweet ni ikon =)) kn ceng..huehue).. Sila klik laju2 d Cni untuk st0ri lanjut..

Apam p0lkad0t MEnU Crew

menu juadah =p~

Freestyle ^_^

MEnU Crew

Pengantakan perut =p~

Hayati antakan perut =p~

Mangsa Glitter =))


p/s : Sila klik d Cni untuk lebih ramai gambar =p~










Thursday, March 1, 2012

..:: Happy Anniversary MEnU Crew FreeStyle Netw0rk C0mmunity ::..



Pejam celik pejam celik suda 2 tahun grup MEnU Crew d tubuhkan.. 1 Mac 2012 genap la umur 2 tahun MEnU Crew.. Semoga persahabatan antara ahli2 MEnU akan kekal sampai bila2 dan sentiasa harmoni.. 

Sempena Anniversary yg ke 2 tahun ahli2 MEnU akan mengadakan sedikit makan2 =p~ pada 4 Mac 2012 bersamaan hari ahad d kediaman salah seorang member MEnU Miss Anis.. Mesti hapening ni kali..hikhikhik.. ndak sabar rasanya utk berkumpul bramai2 nnt.. 


..HAPPY ANNIVERSARY MEnU CREW.. Luv u all :*.. 



-nDn.. jumpa d next n3.. c0ming s00n =p~




Tuesday, February 28, 2012

..:: p0ke ::..

..Hari ni aku m0 st0ry pasal p0ke.. sapa2 yg ada 'mukabuku' aka facebook mesti tau apaitu P0KE.. dan aku sendiri ada la pengamal p0ke ni =))

..Pestaim aku mula kenal facebook ni aku buat2 d0n0 sak psl p0ke ni psl aku netau apaitu p0ke =)) huehue.. 0rg yg pertama p0ke aku ialah miss BrendaAka Not21 dia laini yg mula2 memp0ke tp aku ndak pernah p0ke back psl kan aku netau apaitu p0ke =)) dan beliau pn memperkenalkan la apaitu p0ke sebenarnya..

..N n0w asal on fb perkara utama yg ku lakukan mesti check p0ke =)) sapa2 seja yg p0ke pasti akan ku p0ke back..huehueh.. bak kata kumpulan Zer0 rajalawak dr sabah Pantang Undur Kecuali 0pSrasi..ahahah =))

..R0seYukuk aka ratu P, Brenda aka Nonot, M0hd Khairil aka Cheng yg lasak, Dian Diana, Drac, Suzie Zye, Nurul Izzah aka Chenta PP, Aan Astak0na, DnQarinah, Atey Peace, R0se 0ny, Ahmad Safriz aka AP dan ramai lg yg sewaktu denganya.. ini antara yg paling lasak memp0ke eh =)) huehueh.. Tp ndak pa aku p0ke back =)) maju kamu maju >:/

R0seYukuk aka Ratu P

Brenda aka Nonot

Mohd Khairil aka Cheng Lasak

Dian Diana

Drac

Suzie Zye

Nurul Izzah aka Chenta PP

Aan Astak0na

DnQarinah

R0se 0ny

Ahmad Safriz aka AP


p/s : Ini adalah sebahagian drpd mereka2 pemp0ke tegar.. asal on fb mesti muka2 mereka laini yg paling lasak d ruangan p0ke =)) huehuehue =)).. sumber pica dr pr0pile masing2 =)) s0ri kerana aku telah mencer0boh gambar2 lasak kam0 smua =)) kbai!!





Monday, February 27, 2012

..:: HaTi BerbiSik ::..


Malam bertandang hati berbisik mengenang
Cerita derita yang daku pendam..

Kata menguji cuba untuk kusudahi
Berulang airmata membasahi..

Aku kini perlu berdiri walau hakikatnya
Pasti kan melukai..

Aku ingin semua rasai
Kerna pengakhirnya hidup ku sendiri..

Ya Tuhan kau berikan aku segala kekuatan
Meneruskan perjalanan...



p/s : Tiba2 mud jiwanG d pagi2 ari ni bai =)) aku sendiri x sangka sejiwang ini..huehueh




Sunday, February 26, 2012

..:: Lumrah Kehidupan ::..


..Kehidupan menjanjikan segalanya.. pahit, manis, suka dan duka.. satu perjalanan anugerah dari yg Maha Pencipta yg menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan.. Bagi kaki yg melangkah dan tangan yg menadah.. terpulang pada insan itu sendiri utk mencorak hidupnya..
  • in my mind.. t0tally l0se.. dun0 y??
  • in my heart.. t0tally l0se.. i noe nating..







Tuesday, February 14, 2012

..:: Luv is Cinta ::..

Bercinta bersahaja.. Belajar mengenal erti kesakitan terlebih dahulu agar suatu hari nanti jika sememangnya ditakdirkan si dia bukan jodoh mu, tidak la begitu kecewa berpanjangan..

Kalau tak mampu buat orang ketawa.. Jangan sekali buat orang menangis..
Kalau tak mampu buat orang bahagia.. Jangan ditambahi dengan derita..
Kalau tak mampu ubati luka.. Jangan sekali buatnya terluka..

Bila cinta harus berakhir dengan kesedihan.. Jangan pernah menyesal dengan sebuah pertemuan..
Kerana orang yg melukai hatimu adalah orang yg pernah membuatmu BAHAGIA..








Friday, February 10, 2012

..:: Menangis Terapi Dalam Islam Dan Perubatan ::..

Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Namun, menangis itu merupakan anugerah dan terapi yang berkesan menurut agama Islam dan kajian perubatan.

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.

Tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.

Telah diriwayatkan dalam hadis, ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Dari segi amalan perubatan, menangis itu dapat menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

Menangis juga akan meningkatkan kadar degupan jantung. Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

Selain itu, tangisan akan menghalang penyakit menyerang tubuh badan kita. Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat.

Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

Tidak ramai yang mengetahui, air mata mengandungi 25% protein. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Oleh itu, tidak salah untuk manusia menggunakan tangisan sebagai salah satu cara untuk menghadapi sesuatu perkara tidak kiralah perkara yang sedih mahu pun gembira. Seharusnya kita menggunakan anugerah yang Tuhan berikan supaya dapat memberikan kebaikan kepada diri kita. Insyallah.





Thursday, February 9, 2012

..:: KetentuanNya ::..


SEKUAT mana kita setia..
SEHEBAT mana kita merancang..
SELAMA mana kita menunggu..
SEKERAS mana kita bersabar..
SEJUJUR mana kita menerima..
Jika ALLAH tidak menulis JODOH kita bersama dia
Kita tetap tidak akan bersama dengannya..