Pagi yang indah kujelang kembali
Menghempaskan mimpi meraih bergantinya hari
Di ufuk timur tersirat cahaya kedamaian
Membangkitkan semangat menghangatkan perasaan
Hembusan angin menemaniku berjalan
Mengiringi langkah berpadu dalam kepastian
Gemersik dedaunan bak irama kehidupan
Selalu setia menyanyikan lagu kemenangan
Dalam menggapai makna cita dan cinta
Dalam mewujudkan makna hidup yang sesungguhnya
Biarkan pergantian hari terus berjalan
Kerana setiap saat akan selalu kujelang...
4 comments:
luahan rasa ka ni..tahniah..
mcm besa jgk ba..hihhhi
kujelang..ni kalilah tajuk..ada kelainan..
mcm besa jgk ba kak..hihihi
Post a Comment