Wednesday, April 21, 2010

*Masalah...

Azlan sudah hampir sejam duduk disebuah bar sambil 
merenung minumannya.Tiba-tiba datang si Mat, si mamat penyakat. MAt suke menyakat orang tak kire mase dan waktu. 
Dilihatnye si Azlan ni hanya merenung minumannya. Lalu dengan pantas si Mat merampas minumannya dan meminumnya tanpa rase bersalah. Si Azlan hanya 
merenung sedih dan kelihatan seperti ingin menangis.
Lalu si Mat pun berkata.

Mat : Rilek ar bro, gua gurau je tadi.
Biar gua belanja lu air.

Azlan : Bukan aper, harini adalah hari paling teruk 
aku. Kau tau? Dah la aku tertido dan bangun lambat pegi 
ke ofis. Pastu sampai-sampai, boss aku marah giler terus 
pecat aku. Pastu aku nak blah la dari ofis tu. Time aku 
cari kete aku, kete aku lak kene curi. Report polis, polis 
kate tak boleh wat pe pun. Pastu aku balik la umah naik 
teksi. Sampai je umah, aku baru teringat wallet aku 
dengan semua credit card aku dan segala macam mak nenek 
kad sume ade kat wallet aku tu. Driver teksi yang bijak 
tu blah camtu je. Aku masuk umah pastu terus masuk je 
bilik, aku nampak bini aku tengah tido dengan aku punye 
tukang kebun. Skang aku datang la sini. Aku pikir aku dah 
takde semangat nak hadapi sume ni. Aku mahu mati.Tapi kau 
rosakkan semuanya.

Mat : Apesal dengan aku plak?

Azlan : Kau bodoh!! Ko minum racun aku ape kes?!!!! 



Tuesday, April 20, 2010

*Maaf....


Ada masa kita tak sedar kata-kata kita amat tajam dan melukakan...
Ada waktu kita lupa memikirkan bagaimana perasaan org lain...
Ada ketika kita leka hanya kerana kita fikir kita yg merana...

Namun, janganlah kita leka dan melukai yg lain..
Tuhan itu adil...
Sekali kita menyakiti org lain
Bimbang berjuta kali Dia akan membalas tanpa kita sedar...

Justeru itu, Maafkanlah aku kiranya
Aku ada melukai dan menyakiti hati kalian...
Kerana aku tidak mahu menerima balasan terluka 
Dan merana hanya kerna aku
Telah melukakan....












Wednesday, April 14, 2010

*Mcd Donalds...

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tau nak oder apa.. maklum la tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang ahmad minta.



Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)

Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...
takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!? 








Monday, April 12, 2010

*Penyelam.....

Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam 
lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras 
air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau
langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.
Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan 
lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian 
penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit 
kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu 
mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada 
lelaki tersebut bagaimana anda menyelam tanpa 
kelengkapan oksigen?? Dan lelaki tersebut memadam apa 
yang penyelam itu tulis lalu menulis "aku lemas la 
bongok!!!" 






Wednesday, March 24, 2010

*Pergilah....

Ku anyamkan puisi indah untuk merawat hati yang gundah, berlalu sudah episod cinta yang indah tak perlu dikesali aku harus pasrah di jambatan sepi ini. Aku meniti sendiri mengenang hari2 yang silih berganti mengenang ceritera cinta yang pantas berlari. Aku harapkan cahaya mentari menyinari hari2 suram menerangi awan hitam dan menyuluh kegelapan malam. Ya Allah ya Tuhanku hanya kau yang mampu memahami segala keperitan yang aku alami. Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni. Jika benar ini takdirMu berikanlah aku kekuatan diri damaikanlah hati nurani tabahkanlah jiwa ini agar aku dapat menjalani jambatan api ini. Jika ini jugak kehendakMu biarkanlah cinta itu pergi, biarkan cerita itu mati tumbuhkanlah yang telah mati gantikanlah cinta yang telah pergi......



Tuesday, March 23, 2010

*Kapal Terbang...

Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir 
mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu 
dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya 
kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup 
menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. 
Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di 
lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, 
Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus 
ambil tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun 
memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat 
masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali 
pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi 
Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas 
bisnes hari itu.

Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, 
pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk 
kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di 
belakang?"

"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari 
tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah 
selesa kat sini"

Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal 
pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang 
silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. 
Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang 
kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua 
Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.

Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu 
pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh 
tengok tiket?"

Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.

"Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"

"Ya nak" Jawab Pak Pandir.

"Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, 
kerusi belakang tu baru pegi KL!"

Pak Pandir pun terkasima...terkejut!

"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."




Thursday, March 11, 2010

*Cleaner...

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital 
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap 
pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal 
pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, 
jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor.Lalu 
para doktor memutuskan untuk memantau katil 
tersebut.Apabila tiba hari Jumaat yang 
berikutnya.beberapa doktor bersiap sedia untuk 
mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil 
tersebut.

Seorang pesakit lelaki yang dilengkapi alat bantuan 
pernafasan sedang tidur di katil misteri tersebut. 
Masa berputar. Pukul 08:00am.08:30am sehingga jam 9.00 
am.tiba-tiba.Pintu bilik ICU itu terbuka.Kemudian 
masuklah Makcik Bedah. Seorang pekerja sambilan 
sebagai pencuci,yang hanya bertugas setiap hari 
jumaat mendekati katil keramat tersebut dan terus 
mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan 
pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug 
vacum cleaner'nya.Doktor-doktor yang memantau terus 
pengsan apabila melihat kejadian tersebut...