Monday, May 17, 2010

*Tahukah Anda?..

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?..

Wednesday, April 28, 2010

*Lawatan Majal..


..25 April 2010.. kali ni aku n team meNu n majal inside [walhal org2 yg sama jgk] buat outing utk melawat Muzium Sabah.. Planing ni sbnrnya da lama tp atas sbb2 kemajalan anggota2 yg tbabit tdak dpt d elakkan maka tbengkalai la.. Akhirnya tlaksana jg. Seperti yg d janjikan waktu, masa dan tempat maka anggota yg menjayakan misi kali ini d ketuai oleh Penghulu Majal Inside tuan Cheng aka Penghulu Janggutan Segala Majal dan d bantu kuat oleh mr.Elol aka PengantaQ MaboQ PoLblas Majal serta ahli2 majal yg sememangnya majal2 belaka :3.. Antaranya Yeokok aka Ratu Majal, PP aka camerawoman majal, Gundave aka akinG majal, Citut aka Jamal Jirapa Pemihir Majal, Shah Reign aka Pegawai Perhutanan Majal, Eli bini Shah dan Aku sendiri [smua nama2 majal kecuali aku..huehuehuehue] 


.. Pergerakan bmula jam 12, actualy jam 11 tp d sebabkan pemandunya majal jd waktu taim pun jd majal la :3 rombongan viva 4ever sampai dulu d tempat kejadian seramai 5 org. Sampai2 jak terus mengantak posing maut lg dangir :v penat posing kami pun lepak d pondok yg d sediakn sambil menunggu ketibaan pegawai perhutanan majal dgn pasanganya, beberapa minit smpi la mereka dan d ikuti pasangan manang mutu Gun n Citut.. Tanpa blama lg kami pun mnyerbu tmpt kejadian. Very2 happening n sporting abes la team2 kali ini dan majal abes..huehueheu.. Mcm2 aksi paling mkn abes klu part posing smua bakat luar biasa pantang dgr 123 dgn majalnya auto posing smua..huehuehue..

..Tp mnyedihkan bila kami melawat rumah kaum murut klu ndak silap, rumah tu ada 1 permainan [blh d katakan permainan la] melompat atas papan dan papan tu akan melantun [korang bayang2 la mcmana bendaala tu :3] Aku punya la keseronokan melompat bak kesarungan tiba2 kaki ku tepeleot gedebuk! ni kali la.. ndak psl2 kaki aku cedera..huhuhu..lebam smpi skrg masi blm baik lg.. tu la majal.. Tp dlm2 kesakitan tu posing tetap posing asal dgr jak 123..huehuehue.. Penat, panas dan lapar mcm2 lg la.. Oleh kerana masa terhad kami menamatkan misi dlm jam 4 lebih.. Bgambar kenangan kali terakhir bramai2 n terus bla... Singgah kejap d 7eleven beli minuman n bgerak pulang -END-

..Bsama ini aku titipkan bebrapa gmbr majal utk tontonan umum..








*untuk lbh byk tayangan gmbr sila klik Cni.. klik kuat2 :3




Thursday, April 22, 2010

*GaDis BeRiMpiaN..


I - Impiannya menjangkaui
M - Malam dan Siang Mencari
P - Persadaan Yang
I - Indah Dan Penuh Dengan Ilusinya
A - Antara Keinginan Dan Kehidupan
N - Nolstagia dan Selamba..

D - Dari pandangan yang berbeza
A - Ada yang nyata ada yang lebih berilusi
R - Rahsia si gadis ini.
L - Lantasan ia...
I - Ingin Meneruskan
N - Niat yang berliku-liku dalam
G - Gerbang Impian Darling.....nya...


*kredit by mr.kc ^__^ 













Wednesday, April 21, 2010

*Masalah...

Azlan sudah hampir sejam duduk disebuah bar sambil 
merenung minumannya.Tiba-tiba datang si Mat, si mamat penyakat. MAt suke menyakat orang tak kire mase dan waktu. 
Dilihatnye si Azlan ni hanya merenung minumannya. Lalu dengan pantas si Mat merampas minumannya dan meminumnya tanpa rase bersalah. Si Azlan hanya 
merenung sedih dan kelihatan seperti ingin menangis.
Lalu si Mat pun berkata.

Mat : Rilek ar bro, gua gurau je tadi.
Biar gua belanja lu air.

Azlan : Bukan aper, harini adalah hari paling teruk 
aku. Kau tau? Dah la aku tertido dan bangun lambat pegi 
ke ofis. Pastu sampai-sampai, boss aku marah giler terus 
pecat aku. Pastu aku nak blah la dari ofis tu. Time aku 
cari kete aku, kete aku lak kene curi. Report polis, polis 
kate tak boleh wat pe pun. Pastu aku balik la umah naik 
teksi. Sampai je umah, aku baru teringat wallet aku 
dengan semua credit card aku dan segala macam mak nenek 
kad sume ade kat wallet aku tu. Driver teksi yang bijak 
tu blah camtu je. Aku masuk umah pastu terus masuk je 
bilik, aku nampak bini aku tengah tido dengan aku punye 
tukang kebun. Skang aku datang la sini. Aku pikir aku dah 
takde semangat nak hadapi sume ni. Aku mahu mati.Tapi kau 
rosakkan semuanya.

Mat : Apesal dengan aku plak?

Azlan : Kau bodoh!! Ko minum racun aku ape kes?!!!! 



Tuesday, April 20, 2010

*Maaf....


Ada masa kita tak sedar kata-kata kita amat tajam dan melukakan...
Ada waktu kita lupa memikirkan bagaimana perasaan org lain...
Ada ketika kita leka hanya kerana kita fikir kita yg merana...

Namun, janganlah kita leka dan melukai yg lain..
Tuhan itu adil...
Sekali kita menyakiti org lain
Bimbang berjuta kali Dia akan membalas tanpa kita sedar...

Justeru itu, Maafkanlah aku kiranya
Aku ada melukai dan menyakiti hati kalian...
Kerana aku tidak mahu menerima balasan terluka 
Dan merana hanya kerna aku
Telah melukakan....












Wednesday, April 14, 2010

*Mcd Donalds...

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tau nak oder apa.. maklum la tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang ahmad minta.



Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)

Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...
takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir: Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!? 








Monday, April 12, 2010

*Penyelam.....

Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam 
lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras 
air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau
langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.
Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan 
lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian 
penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit 
kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu 
mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada 
lelaki tersebut bagaimana anda menyelam tanpa 
kelengkapan oksigen?? Dan lelaki tersebut memadam apa 
yang penyelam itu tulis lalu menulis "aku lemas la 
bongok!!!"