Thursday, January 12, 2012

..:: Kisah Benar Suami Menyesal ::..

..Aku tertarikh dgn 1 kisah benar suami yang menyesal atas perbuatanya terhadap insan yg bergelar 'isteri'.. J0m ikuti kisah sang suami tersebut...


"Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.


Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.




Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya……."


* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan melodinya, hayati senikatanya. Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by Richard Marx)




p/s : Buat sang lelaki2 yg bergelar suami.. Sayangi la, Kasihi la, Cintai la dan Hargai la Isteri anda seperti anda Menyanyi nyawa dan Ibu anda..








Wednesday, December 21, 2011

..:: Ab0ut LiFe ::..


..Whats d0ne is d0ne.. Whats g0ne is g0ne.. 0ne 0f life less0ns is always 0n.. Getting 0ver a first l0ve.. Dealing with heartbreak.. Dealing with death n dealing with life.. Its 0k t0 f0nd mem0ries.. But keep m0ving f0rward n u will life happily ^__^..









Monday, December 19, 2011

..:: SmiLe ::..



*Senyum adala 1 sedekah.. sentiasa la tersenyum walaupun perit ^_*



..:: HaRi PenGanTakaN ::..

L0kaC : D PiSuk2..
SiTuaC : MuD bLink2..
WaTak : DaLink FreeStyle (Aku laitu), Rosse Nanacey, Brenda aka N0t21, PP, Atey, D0ctren (member baru ni), PG aka Elol, Cheng yg Sakai, Halu Sat0naka dan Aan..


Tersebut la Al-kisah kanak2 riang *terlebih riang dr kanak2 sbnrnya*.. Suda menjadi adat resam dan telah terMaktub dalam Akta Freestyle MEnU Crew sebenarnya "Sesi Pengantakan" ini yg mana setiap ahli akan d kenakan hukuman yang setimpal apabila seseorang ahli tersebut telah mencapai usia pada tarikh keramatnya.. Tiada yang terkecuali atau terPele0t atau tersasar atau terLari kesemuanya akan dikenakan hukuman.. Barang sesiapa yang tersasar maka bersedialah pada hari2 yang mendatang kerana sememangnya mereka ini tersangat la majalnya =)) *paling buyuk dan paling tdak asi la klu hini*.. 

Demikian la halnya yang TERjadi pada 18 Disember 2011.. Rancangan rapi telah d buat dgn penuh keFreeStyleLan  oleh mereka2 yg pakar dalam hal2 tersebut termasuk saya sendiri..huehuehue..  D pendekkan crita.. Pada malam tersebut kami telah menyergah salah seorang orang yang TERkuat d dalam MEnU Crew ini *dia bkn kuat tenaga batin ar..=))* dengan mengantak beliau dgn serbuk manik2 *itu blink2* dan ternyata beliau tersangat bersinar2 bak lutsinar yg menyinar..akakakak... Dan jugak terjadi la adegan kejar mengejar kerana beliau dgn rasa kecutnya berlari mengelilingi kawasan yang boleh tahan jugak luasnya dan antara pengejar AKU laitu *suda agak lama ku tinggal acara pecut itu sbnrnya* huuhuhuh... MoHd Khairil Mohd Kamil anda PENGECUT!!! *muka ganas tp tinguk durimun..huehuehue* k0t0h ko sana :v... 

Setelah adegan kejar mengejar bersama MANGSA sebenar tiba2 terjadi la pulak adegan d luar kawalan liputan mangsa ke dua iaitu cik BRENDA aka N0T21..ahahaha.. *siapa yg mulakan hini =))* beliau terkena serangan hendap 0leh pemangsa2 yang TERsangat la majalnya.. BErlaku jugak adegan kejar mengejar d sana.. *budu2 semua kepenatan*... Dan seterusnya terjadi la serang menyerang d antara pemajal2 tersebut dan AKu sendiri telah menjadi mangsa *ini tdak adil aku yg plan aku jgk yg kena* dan akhirnya kesemuanya pemajal2 ini telah menjadi mangsa *dia la pemajal dia la jgk mangsa.. memang majal la* huehuehue.. Akhirnya sesi pengantakan pun berAkhir setelah kesemuanya berseri2 dan bersinar2 bak lutsinar..huehuehue.. Tetapi Tuan Mangsa sebenar masi melarikan diri dan tidak mahu bersalam2am sebagai tanda 'cau cincau' *dasar penakut ehh*... Sebagai penutup n3 kali ini ku sertakan gambar2 sekitar kejadian utk tatapan anda semua... Adi0s..

Mangsa sebenar..

AKU menjadi mangsa..

Yukuk aka Rosse pn menjadi mangsa =))

Pemangsa dan Mangsa..



*Untuk lebih Ramai himpunan gambar2 tersebut sila klik SINI.. klik laju2*..







Tuesday, December 13, 2011

..:: eRti CinTa ::..

L0kaC : D haTi Mu..
SiTuaC : sEp0i2..

BeLajaR La mEnCinTai 0raNg yG haRi iNi MasiH miLikMu SebeLum Dia perGi daRi HiduP mU.. HaRi iNi munGkin diA maSih MenCinTaiMu.. TapI mUngKin bEs0k TakKan aDa Lagi CinTa UntUk Mu daN mUngKin bEs0k Kamu yG Akan LebiH mEnCinTai dIa kEtiKa DiA tElaH pErGi.. jaDi JgN pErNah sIa2kAn cInTa sKrg Ini MenGisi HaTiMu.....






Monday, December 12, 2011

..:: 0mBak RinDu ::..

L0kaC : DpiSuk2
SiTuaC : DinGin bEr0mBak

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia d sisi ku...

Tuhan aku tau banyak dosa ku
Hanya ingat kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yg mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku...

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinyanyg jauh dari ku
Agar dia tidak kesePian
Selalu rasa ada cinta agung...

Hujan bawa air mataku 
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tau ku terseksa
Tanpa cinta dia d hatiku...

Hanya mampu terserah.. Moga cahaya d penanti....


*FuHhh JiWanG si0t  =)) *




Tuesday, December 6, 2011

..:: PerGoLakan Em0si ::..

L0kaC : tEraTak kEciK..
SiTuaC : HanGat MemBeku..

TerGerak aTi utk menc0rat c0ret eC ati yG teRpenDam kEsekian kaLinya.. Heemmmm.. pEraSaaN gUndaH guLaNa piKiran bErPinaR2 mELayanG2 taH keMana.. 4kUs meneRawanG bErlaRi2 aNak menCari HaLa 7.. inGin kU sUaraKan aGar Dia menGerTi sEgaLa yG tErBuku daLam SanuBari... taPiiiiiii.... BunTuuu.. 

aLanGkAh inDahnYa anDai pEraSaaN e2 hiLanG.. kaKu.. taPiiiiii.. aaaaaHHhhh.. aKu suDa muLai bErMain bErsaMa sAng pEraSaan.. Plzzzz  La.. wHat caN i d0... HuHuHuu... SaBarLa WaHai haTi...